Wednesday, August 03, 2005

12 Ogos 2004



12 Ogos 2004. Tarikh yg takan aku lupakan sampai bila2. Sesuatu yg amat meninggalkan kesan dalam hati aku berlaku pada tarikh tersebut. Aku tak tahu bagaimana nak menghadapi tarikh yg bakal kunjung tiba itu. Adakah aku akan menjadi seperti biasa? Adakah aku akan bertukar menjadi org lain? Adakah aku akan gembira, sedih atau tiada berperasaan langsung? Aku sendiri tak pasti. Aku cuma berharap aku dapat menjalani hidup seperti biasa pada 12 Ogos ini. Aku perlu kuatkan semangat, tabahkan hati, dan berfikiran positif. Perlu aku ingatkan diri ini bahawa tiada apa yg perlu aku risaukan atau kenangkan.

12 Ogos 2004. Aku telah kehilangan seorang teman. Kehilangan yg hakiki. Arwah N.A.S meninggalkan aku buat selama-lamanya utk menghadapi penciptaNya. Aku sedar arwah adalah hak mutlak Tuhan. Dia dipinjamkan kedunia utk sementara. Semua manusia begitu. Dipinjamkan ke dunia utk menjalani hidup yg penuh fantasi. Aku sempat bercinta dgn arwah selama setahun lebih. Tetapi jodoh kami tak panjang. Kami putus cinta. Dia membawa diri. Aku meneruskan hidup walaupun pahit utk ditelan. Beberapa bulan kemudian, terdetik utk aku menghubungi dia utk bertanyakan khabar. Kami sempat berbual walaupun sekejap. Jauh di lubuk hati aku amat merindui dia dan berharap utk menjalinkan semula hubungan yg kian lama terputus.


Tetapi sbg manusia, kita tidak boleh melawan takdirNya. Seminggu selepas kami berhubung, arwah telah dipanggil utk menghadapNya. Dia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Gelap duniaku pabila menerima berita buruk drpd ibuku. Aku bagaikana tak percaya kerana baru seminggu yg lepas aku mendengar suaranya. Aku terkedu. Blank. Aku terus menelefon handphonenya. Beberapa kali aku dial tetapi tiada sesiapa menjawab. Aku terus menangis dan menangis. Aku tak tau berapa lama aku menangis. Malam itu aku x dpt tido. Aku terkenangkan dia. Aku teringatkan arwah. Memori kami bersama berlegar2 dlm fikiranku. Aku berasa hidupku tak bermakna. Hari2 seterusnya aku hadapi dgn penuh kesedihan. Kemana2 aku pergi, aku terbayangkan wajah arwah. Aku cium, peluk baju arwah yg mamanya berikan padaku. Pendek kata, hidup aku mmg gelap dan penuh kedukaan.

Alhamdulillah. Aku bersyukur dilahirkan sbg Islam. Mempunyai asas agama yg kuat dan mampu menilai kehidupan. Aku pulihkan semangat utk terus hidup. Segala memori bersama arwah telah aku simpan dalam kotak kenangan. Mungkin mustahil utk membuang kotak itu, tapi aku cuba sedaya upaya utk meneruskan kehidupan tanpa dibayangi arwah. Berkat doa ibubapa dan kawan2, aku dapat keluarkan diri aku dr lembah kesedihan. Hanya doa yg mampu aku hadiahkan kepada arwah. 12 Ogos ini genap setahun arwah N.A.S pergi. Sungguhpun arwah sudah tiada, aku akan sentiasa mengenangkan dia sbg insan yg pernah mencuri hatiku suatu ketika dulu. Al-Fatihah buat arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.