Monday, October 03, 2005

Tragedi Bali



Marah! Sedih! Geram! Devastated! Shocked! Apalagi perasaan yg harus aku gambarkan apabila dapat tahu Bali sekali lagi menjadi sasaran suicide bombers & dipercayai angkara anggota JI sendiri yg didalangi oleh tak lain tak bukan rakyat M'sia, Dr Azahari & Nordin (most wanted men in Asia). JI dikenalpasti sbg suspek utama sbb masa tahun 2002 dulu, Sari Club di Kuta telah dibom oleh anggota JI sendiri. Aku mendapat berita ni dpd Gya, member aku yg menonton CNN Sabtu malam. Aku pulak sedang tgk final Selangor lawan Perlis kat tv. Bila dapat je berita ni,,aku trus SMS abang angkat aku kat Bali, Wayan to make sure that he was safe & sound. Thank God, Wayan slamat & dia kata masa bombing tu dia ada di sekitar area Kuta.
Aku dah almost 1 month balik from Bali. Masa aku pergi 7/9-11/9, ramai member aku suruh berhati2 sbb takut berlaku another bombing. Depa pesan jangan jalan2 kat area yg ramai mat saleh sbb suicide bombers suka letupkan diri kat situ. Memula aku pikir gak mende tu. What would happen if I was there & suddenly a suicide bomber blew up himself? Aku pasti tak mahu jadi mangsa di situ. Aku takleh bayangkan langsung! So, I told myself that, whatever happens in Bali, it's already decided my Allah SWT. I calmed myself & tried not to think anything terrible when I was in Bali. Alhamdulillah, sepanjang 5 hari disana, takde musibah pun berlaku. Aku dapat gak menjejakan kaki kat Kuta. Matahari shopping complex aku tak sempat nk shopping situ. Kat situ semua kedai2 yg up class..macam KLCC. Dapat gak pergi snorkeling & parasailing kat Nusa Dua (another bombing site). Cuma Jimbaran aku tak singgah masa tu.
Pasal suicide bombers ni, biarlah Allah SWT yg menentukan nasib mereka di akhirat. Mmglah aku marah bila ada nyawa yg x berdosa turut terkorban spt budak kecil & org Islam di Bali. Kalu betul JI ni nak berjihad ke jalan Allah SWT, kenapa x pergi je ke Israel yg dah sah2 kerajaan Yahudi menindas umat Islam Palestin disana? Aku kecewa ngan Dr Azahari, bekas pensyarah UTM yg dikatakan gifted & Maths genius. Org macam dia ni sgt diperlukan di M'sia utk mendidik pelajar universiti especially anak Melayu yg dahagakan role model. Tapi, agaknya Dr Azahari ni lebih berminat nak berjihad..mayb dia ada alasan tersendiri kenapa involve dlm JI. Kesian anak bini & keluarga dia.
Whatever it is, aku bersyukur sbb xde bombing berlaku sepanjang di Bali. Apa yg aku ingat, masa kat sana aku betul2 enjoy 100%. Tak ingat langsung kerja yg menunggu di KL & problem2 peribadi. Aku berserah pada Qada' & Qadar je. Insya-Allah, aku akan ke Bali lagi next year.

3 comments:

...rux... said...

curse them!
bloody spammers!

hehehe terover lak kat blog u hehehe

Najwa Aiman said...

terpaksa taruh anti-spammers la dik. mcm khayal. activate word verification...

Anonymous said...

the world is no longer a safe place to stay...so jom teroka alam angkasa pulak!